KaWASAN HULU PERAK

 

klik di bintik merah bagi melihat latar belakang kawasan

PROFIL DAERAH HULU PERAK

PENDAHULUAN

Tanggapan orang ramai terutama dikalangan kakitangan kerajaan bahawa daerah ini merupakan `Daerah buangan' (seperti yang dirakamkan oleh En. Mohd. Sufian bin Dahlan dalam serahan tugas sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu pada tahun 1987) sudah mulai pupus. Pembangunan yang pesat samada dari segi fizikal dan juga mental di daerah ini telah mulai menampakkan perubahan yang tidak jauh bezanya dengan daerah lain jika tidak sama.

 

LATAR BELAKANG DAERAH

Daerah Hulu Perak merupakan daerah yang terbesar di dalam Negeri Perak. Ia meliputi kawasan seluas 656044 hektar (6563.5 km persegi/ 2533 batu persegi) yang merupakan 31.23% daripada Negeri Perak. Daripada keluasan ini seluas 446,000 hektar merupakan hutan simpan kekal.

Daerah ini terletak di bahagian utara Negeri Perak dengan sempadan antarabangsa Thailand di bahagian utara, Negeri Kedah di bahagian barat, Negeri Kelantan di bahagian timur dan Daerah Kuala Kangsar di bahagian selatan.

Daerah ini terdiri dari 3 Daerah Kecil iaitu Gerik (1993 batu persegi), Pengkalan Hulu (142 batu persegi) dan Lenggong (398 batu persegi).

Keseluruhan daerah ini dibahagikan kepada 10 mukim iaitu, Gerik, Kerunai, Kenering, Temenggor, Belum, Pengkalan Hulu, Blukar Semang, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit.

Daerah ini juga mempunyai 3 pihak berkuasa tempatan iaitu:

MAJLIS
DAERAH

KAWASAN
OPERASI

KAWASAN
KAWALAN

Majlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Majlis Daerah Lenggong

3.47 km p.segi
25 km.p.s.
732 ekar

104.88 km p. segi
523 km
23452 ekar

PENDUDUK

Berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000 jumlah penduduk Daerah ini ialah seramai 86,217 orang berbanding dengan 81,524 orang pada tahun 1991.

Dari segi pecahan mengikut gender pula, ia terdiri dari 43,724 orang lelaki dan 42,493 orang perempuan.

Pecahan penduduk mengikut mukim adalah: Gerik 26018 (31.9%), Kerunai 6811 (8.4%), Kenering 7708 (9.5%), Temenggor 3292 (4.0%), Belum 373 (0.4%), Pengkalan Hulu 13916 (17.1%), Belukar Semang 1627 (2.0%), Lenggong 14559 (17.9%), Temelong 3764 (4.6%), Durian Pipit 3453 (4.2%).

Di dalam kawasan kerajaan tempatan pula bilangan dan komposisi penduduk adalah seperti berikut:

KAUM

MD
GERIK

MD
P/HULU

MD
LENGGONG

Melayu
Cina
India
Lain-lain

4,293
6,560
1,310
666

8,184
3,145
2,935
1,636

13,792
2,493
249
84

JUMLAH

32,829

15,300

16,618

Dari segi penduduk kaum orang asli adalah seperti berikut: RPS Kemar 2127 orang, RPS Dala 381 orang, RPS Banun 769 orang dan kampung-kampung tradisional adalah seramai 758 orang. (RPS: Rancangan Pengumpulan Semula)

Aktiviti ekonomi utama daerah ini adalah berasaskan pertanian seperti penanaman getah, kelapa sawit dan kegiatan pertanian yang lain dan pelancongan.